BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 23, 2011

mtqss

Ya Allah...mudah mudahan kejayaan itu mampu untuk aq ulangi buat kali kedua..Yakin pada diri, insyaAllah kejayaan pasti akan menanti..ustaz..aq yakin dengan seyakin yakinnya bahawa aq juga mampu untuk mencipta kejayaan seperti kak mursyidah, kak masyitah, salahuddin dan juga hamirul...sekiranya mereka boleh...aq juga pasti boleh...aq pasti boleh untuk membuktikan bahawa aq setanding dengan yang lain...mtqss akan aq perolehi...doakan lah aq wahai "sahabat"...moga aq mampu menjadi sepertimu...amin

" spm just around the corner "


tinggal berapa hari sahaja lagi aq akan melangkah ke tahun baru..."2012"...Ya Allah..ketakutanku membatasi segalanya..bantulah aq untuk menghadapi hari demi hari supaya aq tahu...Engkau masih ada untuk terus memimpin aq ke jalan yang benar dan Engkau Redhai...masih banyak yang perlu aq pelajari untuk bergelar seorang pelajar yang cemerlang...sisa masa yang masih berbaki ini akan ku peruntukkan untuk memperbaiki segala-galanya...kita tidak akan pernah terlambat sekiranya kita masih sedar bahawa kita perlu berjuang demi mencapai matlamat yang satu..berusaha dan teruslah berusaha untuk terus berjaya...insyaAllah sekiranya kita yakin dengan janjiNya..kita pasti akan berjaya...gagal sekali tidak bererti gagal selamanya..tetapi kegagalan yang pertama itulah yang akan membuatkan kita untuk lebih berjaya di masa yang akan datang...

                        matlamat 2012..
spm 2012: 10A1 1A2...

Wednesday, December 14, 2011

Ya Allah....


semakin hari aq semakin takut untuk terus melangkah...pelbagai halangan terpaksa untuk aq tempuh demi melakar sebuah kejayaan yang aq impikan selama ini...kadang kala aq tersungkur..sakit sekali rasanya...namun aq harus kuat....kuat dalam menghadapi setiap dugaan dan halangan yang mendatang...dahulu, ya aq seorang yang lemah tetapi sekarang matlamat aq hanya satu...aq perlu  bangun dari kegagalan untuk buktikan pada semua bahawa aq adalah aq...sekiranya sahabat sahabat aq yang lain mampu untuk mencipta kejayaan..aq juga mampu...2012 adalah tahun untuk aq buktikan bahawa aq adalah pelajar yang terbaik dan selalu akan menjadi pelajar yang terbaik....insyaAllah...

"Ya Allah..pintaku hanya satu..bantulah aq dalam mengapai keredaanMu..betapa sukarnya aq untuk menjalani semua ini tanpa kasih dan sayang daripadaMu..bantu aq Ya Allah...aq terlalu lemah dalam menghadapi hidup ini..terlalu banyak dugaan dan halangan yang hadir membuatkan aq terus tersungkur di muka bumi ini..sakit sekali rasanya ...Ya Rahman,ingin sekali aq menatap wajahMu supaya aq tahu..Engkau akan terus membantu aq untuk menjadi seorang yang terus kuat melangkah dalam menghadapi hari demi hari...Ya Khalid, benarkanlah aq mengecapi nikmat di dunia ini untuk aq tahu bahawa Engkau adalah seorang yang Pemurah lagi Maha Penyayang...kuatkan aq Ya Allah...kuatkanlah aq.. Ya Allah..tiada lagi ertinya bagi aq sekiranya nikmat itu hilang untuk selamanya...bantulah aq Ya Allah...aq mohon..."


Monday, August 29, 2011

29.5.2011 (MTQSS Syarahan Agama)

pertama kali aq dapat jejakkan kaki ke kebangsaan... memang nervous! 24.05.2011, nie la tarikh MTQSS. hanya "ZAKAT" menjadi pilihan utama aq. setiap kali latihan, tajuk ni lah yang akan aq keluarkan. time 2 aq dah tak fikir apa dah yang aq tau zakat, zakat, zakat...seolah-olah  tajuk tu yang akan keluar..ustz dgn ustzah nasihatkan aq supaya jangan terlalu berharap sebab macam-macam boleh terjadi. 
malam sebelum perlawanan, aq berdoa,bertawakal dan bertawassul. hanya itu yang aq mampu lakukan. pagi perlawanan pun menjelang. berbekalkan harapan yang tinggi aq melangkah ke dewan perlawanan. "peserta ke5, silakan..." aq melangkah dengan penuh keyakinan dan keberanian. time tu aq yakin sangat yang aq akan dapat tajuk impian aq, ZAKAT..herm..sampai ja dekat depan cabut tajuk..terus aq rasa lain..aq tak dapat buat macam selalu...aq cabut sampul lain dari sangkaan aq..."peserta ke5 ini akan membawa tajuk, perpaduan menurut islam.." astaghfirullah, aq rsa macam nk pengsan. pegang pen pun dh tak boleh time 2..aq memang yakin sangat yang aq akan kalah. sedih sangat..sampai sekarang aq rsa bersalah walaupun dah 4 bulan MTQSS berlalu..berdiri ja atas pentas tu aq nampak banyak sangat teks yang selama ni aq hafal..ustaz senyum ja..aq cuba untuk bertahan..tapi, aq tak mampu..last sekali aq turun dari pentas...keadaan memang aq x mampu nak kawal. kesedihan yang aq x pernah alami selama aq hidup.. aq dah janji untuk tamatkan semua ni dengan kejayaan yang aq impikan..tapi Dia lebih mengetahui segalanya..5 hari aq tak lalu makan.. fikirkan tentang hal ni. aq hanya mampu luahkan dengan air mata..kerja sekolah yang cikgu bagi, aq nmpk teks syarahan..memang sedih la time 2...herm,tapi nk buat mcm mna..let by gone be by gone..tahun depan aq kena buktikan yang aq ni sangat2 berkebolehan macam kak syitah! doakan aq! mudah-mudahan aq lah johan kebangsaan syarahan agama tahun 2012...amin...

                                        untuk  ustaz dan ustzh mtq:
tahun depan  adlh tahun terakhir 
untuk aq buktikan kebolehan aq
insyaAllah johan menanti...doaknlah aq..
mudah-mudahan aq mampu untuk jdi sperti:
kak mursyidah,kak masyitah
salehuddin dan hamirul...
insyaAllah....

Thursday, February 24, 2011

Ikatan Persahabatan yang terlerai 25/2/2011






Ya Allah...kesedihan yang aku alami ini membatasi segala yang aku miliki...bantu aku untuk terus berdiri 
Ya Allah,aku terlalu lemah dalam menghadapi keaadaan seperti ini....sejujurnya aku masih sayang pada sahabat-sahabatku tetapi sama sekali tidakku duga, ini lah jalan penyelesaian terhadap apa yang terjadi...Ya Allah.....tabahkanlah hati aku...sekiranya pada saat seperti ini di takdirkan aku akan menghadapMu aku redha Ya Allah, sejujurnya aku redha...kesakitan yang aku alami membuatkan kehidupanku kabur...Allah....bantu aku Ya Allah, bantu aku..sesungguhnya pada saat seperti ini aku tidak mempunyai siapa-siapa lagi selain diriMu Ya Rabb...sahabat-sahabatku, segala kengan indah yang pernah kita anyam suatu ketika dahulu akan ku semat di sebalik sanubariku ini supaya segalanya akan menjadi satu kenagan yang tidak akan pernah dapat aku lupakan...sejujurnya, segala kasih yang pernah kalian curahkan suatu ketika dahulu merupakan kasih yang abadi yang tidak pernah aku temui...sayangnya, persahabatan itu menemui jalan buntu...sahabat, aku redha dan pasrah atas apa yang telah terjadi...doaku,semoga kalian akan terus bersama mengecapi saat yang indah dalam mencari redha Ilahi...Ya Allah mudah-mudahan hasrat aku untuk menemuiMu di pangkuan sahabatku akan terlaksana...walaupun kini persahabatan itu sudah terlerai...amin...

 Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
(Hijjaz-satu amanah)
                                                                                                       
                                                                             
      in memory: Izzatul,Azmah,Syikin,Yana,Eza
   kasih yang pernah kalian berikan tidak akan pernah aku
  lupakan..kerana sesunggunhnya kalianlah sahabat sejati
   yang aku rindui dan yang aku cari selama ini...Ya Allah 
  redhailah perjuangan sahabat-sahabatku ini......sesungguhnya
  aku amat mencintai sahabat seperti mereka.......






                                                           memorable ring.....