BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 23, 2011

mtqss

Ya Allah...mudah mudahan kejayaan itu mampu untuk aq ulangi buat kali kedua..Yakin pada diri, insyaAllah kejayaan pasti akan menanti..ustaz..aq yakin dengan seyakin yakinnya bahawa aq juga mampu untuk mencipta kejayaan seperti kak mursyidah, kak masyitah, salahuddin dan juga hamirul...sekiranya mereka boleh...aq juga pasti boleh...aq pasti boleh untuk membuktikan bahawa aq setanding dengan yang lain...mtqss akan aq perolehi...doakan lah aq wahai "sahabat"...moga aq mampu menjadi sepertimu...amin

" spm just around the corner "


tinggal berapa hari sahaja lagi aq akan melangkah ke tahun baru..."2012"...Ya Allah..ketakutanku membatasi segalanya..bantulah aq untuk menghadapi hari demi hari supaya aq tahu...Engkau masih ada untuk terus memimpin aq ke jalan yang benar dan Engkau Redhai...masih banyak yang perlu aq pelajari untuk bergelar seorang pelajar yang cemerlang...sisa masa yang masih berbaki ini akan ku peruntukkan untuk memperbaiki segala-galanya...kita tidak akan pernah terlambat sekiranya kita masih sedar bahawa kita perlu berjuang demi mencapai matlamat yang satu..berusaha dan teruslah berusaha untuk terus berjaya...insyaAllah sekiranya kita yakin dengan janjiNya..kita pasti akan berjaya...gagal sekali tidak bererti gagal selamanya..tetapi kegagalan yang pertama itulah yang akan membuatkan kita untuk lebih berjaya di masa yang akan datang...

                        matlamat 2012..
spm 2012: 10A1 1A2...

Wednesday, December 14, 2011

Ya Allah....


semakin hari aq semakin takut untuk terus melangkah...pelbagai halangan terpaksa untuk aq tempuh demi melakar sebuah kejayaan yang aq impikan selama ini...kadang kala aq tersungkur..sakit sekali rasanya...namun aq harus kuat....kuat dalam menghadapi setiap dugaan dan halangan yang mendatang...dahulu, ya aq seorang yang lemah tetapi sekarang matlamat aq hanya satu...aq perlu  bangun dari kegagalan untuk buktikan pada semua bahawa aq adalah aq...sekiranya sahabat sahabat aq yang lain mampu untuk mencipta kejayaan..aq juga mampu...2012 adalah tahun untuk aq buktikan bahawa aq adalah pelajar yang terbaik dan selalu akan menjadi pelajar yang terbaik....insyaAllah...

"Ya Allah..pintaku hanya satu..bantulah aq dalam mengapai keredaanMu..betapa sukarnya aq untuk menjalani semua ini tanpa kasih dan sayang daripadaMu..bantu aq Ya Allah...aq terlalu lemah dalam menghadapi hidup ini..terlalu banyak dugaan dan halangan yang hadir membuatkan aq terus tersungkur di muka bumi ini..sakit sekali rasanya ...Ya Rahman,ingin sekali aq menatap wajahMu supaya aq tahu..Engkau akan terus membantu aq untuk menjadi seorang yang terus kuat melangkah dalam menghadapi hari demi hari...Ya Khalid, benarkanlah aq mengecapi nikmat di dunia ini untuk aq tahu bahawa Engkau adalah seorang yang Pemurah lagi Maha Penyayang...kuatkan aq Ya Allah...kuatkanlah aq.. Ya Allah..tiada lagi ertinya bagi aq sekiranya nikmat itu hilang untuk selamanya...bantulah aq Ya Allah...aq mohon..."