BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 10, 2010

Rintihku Pada Sang Pencipta



Tuhan,
Saban malam aku menghitung hari demi hari,
Waktu demi waktu dan minit demi minit
Untuk aku terus melangkah dan terus melangkah..
Ada kalanya aku tersungkur kerana kealpaanku terhadapMu..

Aku takut Ya Allah,
Ketakutanku membatasi segala yang aku miliki..
Tuhan,
Aku berdoa dan merintih hanya kepadaMu, wahai penciptaku..
Bantulah aku, bimbinglah aku..
Supaya aku dapat mengecapi kembali sinar hidayahmu itu.

Hanya itu permintaanku...
Tolonglah, aku mohon dengan sepenuh hatiku..
Makbulkanlah Ya Allah..
Aku tahu,
Aku ini bukanlah hambaMu yang
Patuh dan taat atas segala suruhanMu..
Tapi janganlah hanya kerana kealpaanku,
Kau memalingkan mukaMu serta
Engkau langsung tidak mengindahkan aku..
Tidak...jangan Ya Allah,
Terlalu berat untuk aku menerimanya.

Sesungguhnya hari itu kian tiba,
Hadirnya hanya untuk seketika,
Tapi meninggalkan kesan yang dalam
Ke atas setiap hambaMu yang meniti diatasnya..
Ya Allah, bantulah kami semua..
Hanya kepadaMu kami mohon Ya Allah..
Sekiranya kami diberi peluang sekali seumur hidup
Untuk bertemu denganMu dibumi ini..
Aku yakin dengan seyakin-yakinnya..
Pasti tidak terbilang kehadiran yang akan menemuimu saban hari

Tapi malangnya, aku tidak diberi semua itu
Yang aku mampu, hanyalah kiriman doa
untukMu..
Tolonglah Sang Pencipta..
Janganlah Engkau membiarkan aku terkapai-kapai
Didasar lautan itu..
Aku tidak sanggup untuk menghadapinya..
Hanya dia yang aku impikan..
Dan hanya Engkau sahaja yang memahaminya..
Bahkan sekiranya aku tidak menulis
Tinta ini, aku yakin,
Engkau akan lebih mengetahui
Apa yang akan terjadi
Dan apa yang akan aku lakukan..
Tolonglah Ya Tuhan.
Malam kian merangkak untuk melangkah pergi..
Janganlah kau membiarkan sang fajar datang
Dan memenjarakanku hanya kerana kekhilafanku
Atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang
Aku hidup dimuka bumi ini..
Dengan sepenuh kudrat yang aku ada..
Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
Aku mohon, bantulah hambaMu yang hina ini...


                            uMMul aMir
Rabu 8/12/2010

(10.37pm)

Thursday, December 9, 2010

Buatmu yang Bergelar Sahabat



Sahabat,
Terlalu berat untuk aku merelakan pemergianmu..
Segala kasih dan sayangmu..
Akanku sulam menjadi butir-butir mutiara yang indah.
Agar dapatku jadikan bekalan sepanjang perjalanan hidupku..

Sahabat,
Aku terlalu lemah dalam menjalani kehidupan ini..
Dengan sepenuh kudrat yang aku ada,
Aku mohon,
Pimpinlah daku dalam setiap bisikan doamu...

Sahabatku,
Maafkan segala kekhilafan yang telah aku lakukan padamu,
Percayalah, tidak terlintas dihatiku
Untuk melukakan hatimu walaupun secebis..
Segala yang berlaku antara kau dan aku,
Biarlah hapusnya seperti debu-debu yang berterbangan diudara..

Sahabat..
Seluruh kehidupanku menjadi indah
Hanya kerana senyuman yang tersirat di sebalik bibirmu..
Tapi kini, semuanya hanya menjadi kenangan...
Dirimu tiada lagi disisiku..
Benarlah kata orang,
Engkau satu dalam seribu..

Sahabatku..
Terlalu banyak kenangan yang kita cipta bersama..
Pahit dan manis, indah dan suram...
Kini, ianya hanya menjadi kenangan di kotak fikiranku..

Sahabat..
Sungguh tidak dapat aku nafikan lagi,
Bahawa sesungguhnya..
Aku sangat menyayangi dirimu..
Aku berdoa pada Sang Tuhan,
Supaya suatu hari nanti,
Engkau akan kembali lagi untuk
Kita semua bersatu seperti dahulu..
Dan pada saat itu, kita akan kembali mencipta kenangan yang terindah
Bersama...


Nukilanku hanya untukmu yang bernama:
FATIMATUZ ZAHRA YUSUF
Rabu 08/12/2010 (10.10pm)