BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 10, 2010

Rintihku Pada Sang Pencipta



Tuhan,
Saban malam aku menghitung hari demi hari,
Waktu demi waktu dan minit demi minit
Untuk aku terus melangkah dan terus melangkah..
Ada kalanya aku tersungkur kerana kealpaanku terhadapMu..

Aku takut Ya Allah,
Ketakutanku membatasi segala yang aku miliki..
Tuhan,
Aku berdoa dan merintih hanya kepadaMu, wahai penciptaku..
Bantulah aku, bimbinglah aku..
Supaya aku dapat mengecapi kembali sinar hidayahmu itu.

Hanya itu permintaanku...
Tolonglah, aku mohon dengan sepenuh hatiku..
Makbulkanlah Ya Allah..
Aku tahu,
Aku ini bukanlah hambaMu yang
Patuh dan taat atas segala suruhanMu..
Tapi janganlah hanya kerana kealpaanku,
Kau memalingkan mukaMu serta
Engkau langsung tidak mengindahkan aku..
Tidak...jangan Ya Allah,
Terlalu berat untuk aku menerimanya.

Sesungguhnya hari itu kian tiba,
Hadirnya hanya untuk seketika,
Tapi meninggalkan kesan yang dalam
Ke atas setiap hambaMu yang meniti diatasnya..
Ya Allah, bantulah kami semua..
Hanya kepadaMu kami mohon Ya Allah..
Sekiranya kami diberi peluang sekali seumur hidup
Untuk bertemu denganMu dibumi ini..
Aku yakin dengan seyakin-yakinnya..
Pasti tidak terbilang kehadiran yang akan menemuimu saban hari

Tapi malangnya, aku tidak diberi semua itu
Yang aku mampu, hanyalah kiriman doa
untukMu..
Tolonglah Sang Pencipta..
Janganlah Engkau membiarkan aku terkapai-kapai
Didasar lautan itu..
Aku tidak sanggup untuk menghadapinya..
Hanya dia yang aku impikan..
Dan hanya Engkau sahaja yang memahaminya..
Bahkan sekiranya aku tidak menulis
Tinta ini, aku yakin,
Engkau akan lebih mengetahui
Apa yang akan terjadi
Dan apa yang akan aku lakukan..
Tolonglah Ya Tuhan.
Malam kian merangkak untuk melangkah pergi..
Janganlah kau membiarkan sang fajar datang
Dan memenjarakanku hanya kerana kekhilafanku
Atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang
Aku hidup dimuka bumi ini..
Dengan sepenuh kudrat yang aku ada..
Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
Aku mohon, bantulah hambaMu yang hina ini...


                            uMMul aMir
Rabu 8/12/2010

(10.37pm)

0 comments:

Post a Comment