BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 12, 2010

Wahai Sahabat-Sahabatku Hadapilah Masalah Dengan Tenang dan Tabah


Bukan cara Islam apabila individu mencari jalan lari daripada masalah apabila sedang menghadapi masalah. Dalam Islam, apabila ada masalah, kita perlu menghadapinya tidak kira seberat mana pun masalah itu. Kita perlu menghadapi masalah dengan hati yang tabah dan tenang serta bersyukur atas ujian Allah. Kemudian, cuba bangkit dan menyelesaikan masalah itu. Setiap manusia yang bernyawa pasti berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak kira sama ada dia kaya ataupun miskin, tua ataupun muda, bodoh ataupun cerdik, baik ataupun jahat, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Sebenarnya, masalah adalah paksaan yang Allah kenakan kepada manusia bagi memajukan diri. Kemajuan seseorang bermula daripada masalah. Cuma yang membezakan kita semula adalah cara bagaimana kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

                                         Adaptasi dari sebuah novel
" SYAHADAH GADIS ATIES"  

0 comments:

Post a Comment