BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Muhasabah Sejenak Bersama.....


Jangan Bangga Sangat Dengan 
Pakaian yang Cantik dan Mahal
Kerana Pakaian Terakhir kita Nanti
Adalah Kain Kapan...

Jangan Bangga dan Action Sangat 
Dengan Kenderaan Mewah, kerana
Kenderaan Terakhir Kita Adalah
Van Jenazah dan Papan Keranda..

Janganlah Terlalu Seronok dengan
Tempat Tidur yang Empuk dan Nyaman
kerana Tempat Tidur Terakhir Kita
adalah di Liang Lahad..

Jangan Pula Ego dan Bongkak Kerana
Mampu Memiliki Rumah Mewah seperti
Istana, Kita Kena Ingat, Rumah Terakhir
kita Nanti Adalah Kubur Bertiang Dua...

Jangan Terlalu Megah Dengan
Pangkat dan Darjat, Kerana
Bila Sudah Tiada Nanti, Kita
Dapat Gelaran Al-Marhum...

Janganlah Terlalu Belagak dan Bangga
Dengan Wajah yang Hensem atau Cantik
Kerana Bila Kita Mati Nanti Wajah
Itu akan Berubah Menjadi Tengkorak....

Adaptasi dari 
Majalah Solusi Isu No.25
"Mujahadah Melawan Nafsu"
Renung-renungkan dan Selamat Beramal

0 comments:

Post a Comment